Tuesday 16 February 2016

TIPS PENJAGAAN KERETA




Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Masalah-masalah yang kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri. Antara masalahnya ialah enjin kereta selalu panas, hal ini kerana pengguna jarang memeriksa air di radiator, enjin terasa berat adalah berpunca kerana tersalah pilih minyak hitam dan yang paling teruk adalah enjin perlu di overhaul kerana pengguna tidak pernah menukar minyak keretanya. Setiap pengguna hendaklah prihatin kepada kenderaan masing-masing sekiranya tidak mahu kenderaan mereka rosak.


Enjin adalah nadi kereta anda, sekali rosak ribuan ringgit wang anda akan hangus begitu sahaja. Selain itu tayar juga merupakan faktor penting bagi setiap kereta kerana anda akan lebih berisiko kepada kemalangan sekiranya tersalah memilih tayar. Bahagian luar kereta juga penting kerana ia akan menonjolkan imej pemilik kereta itu sendiri sama ada seorang yang pandai menjaga kereta atau tidak.

BAHAGIAN PENTING KERETA YANG PERLU DIJAGA
STEERING
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 10,000 km. Periksa paras minyak stereng setiap minggu.
HAWA DINGIN 
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.
KLAC
Periksa sistem cluth bagi memastikan "free plag" kehausan penggunaanya bagi setiap 50,000 km.
KOTAK GEAR
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak setiap 40,000 km. Bagi setiap pembakaran/minyak, kanurator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km.
TEKANAN ANGIN TAYAR
Perlu diperiksa setiap 50,000 km. Seimbang dan tukar alih tayar bagi setiap 10,000 km perbezaan paras
SUSPENSI
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.
DRIVE SHAFT 
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.
SISTEM EKZOS 
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/allignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang lebih awal.
RADIATOR 
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.
TIMING/DRIVE BELT 
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa "belt", penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 50,000 km.
ENJIN 
Enjin "tune up" bagi setiap 10,000 km.
Ujian tekanan(compression) setiap 40,000 km.
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km.

CARA PENJAGAAN KERETA
ELAK GUNA SABUN BASUH
Pemililihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta anda. Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana ia mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.

PILIH BAHAN PENGILAT YANG BERMUTU
Anda perlu memilih pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik, teknik mengilat  kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

HATI-HATI MENCUCI ENJIN
Beberapa bahagian dalam terutamanya besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkap dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.

CARA SEJUKKAN ENJIN KERETA
Walaupun kereta anda dalam keadaan baik, tetapi apabila kenderaan mendaki bukit atau membawa muatan lebih, ia boleh menjadi panas. Namun enjin, boleh disejukkan kembali dengan menghentikan kenderaan dan mematikan enjin, membuka bonet dan selepas itu, jika perlu mengisi radiator dengan air sejuk.


EKZOS TERSUMBAT
Sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Jika perkara ini berlaku, beberapa langkah boleh dibuat. Mula-mula buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi.
Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran pada bahagian itu. Selepas itu periksa tali kipas.Sekiranya ada kebocoran pada radiator atu tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kereta dan jalankan seketika pada putaran yang lebih tinggi dari biasa.
PAIP RADIATOR TERSUMBAT
Harus diingat, paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu
kitaran air menyebabkan terhenti walaupun ada banyak air.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka penutup radiator dan cuci dengan bersih untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.
Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur akan menyebabkan aliran udara penyejuk terganggu hingga air menjadi panas.
TIPS PENJAGAAN KERETA DENGAN BETUL
Pemilihan tayar yang bertepatan
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh jika Proton Wira 1.3 dan

hendak menggunakan sport rim, cukuplah sekadar menggunakan sport rim 14 inci kerana jika menggunakan sport rim 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya.

Periksa tekanan angin tayar
Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin tayar kereta. Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia memberi kesan kepada tayar kereta anda.

Lakukan pelaras kereta (allignment & balancing)
Lakukan pelaras tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000 km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan keselamatan tayar di hadapan dan di belakang.



CARA MENGHILANGKAN FOBIA MEMANDU KERETA


  • Cari punca menimbulkan perasaan fobia
  • Kenali simptom yang ada pada diri anda bagi mengenal pasti apakah ia fobia atau sebaliknya.
  • Fobia boleh diatasi dengan meminta bantuan dan nasihat daripada orang lain kerana ketakutan melampau sebenarnya boleh dirawat sekiranya anda bersikap terbuka
  • Elakkan diri memikirkan perkara negatif membabitkan pemanduan seperti kemalangan
  • Belajar mengurangkan rasa tertekan ketika memandu kerana apabila berada di bawah tekanan melampau. Pemikiran menjadi cetek tidak mampu bertindak pantas. Belajar untuk menarik nafas dan menenagkan diri.
  • Bagi yang sudah lama tidak memandu tetapi ingin mempraktikkan semula kemahiran yang ada. Mulakan pemanduan di kawasan yang lapang dan tidak banyak kenderaan. Berlatih semula cara mengawal stereng, brek dan tekanan minyak bagi meningkatkan kayakinan diri.
  • Belajar cara meletakkan kenderaan supaya kereta anda berada dalam petak yang disediakan. Ini penting untuk mngelakkan rasa takut jika anda hasrus melakukannya sendiri khususnya di tempat yang sesak.
  • Jika baru ingin berjinak-jinak memandu kenderaan semula, jangan memancu dengan laju sebaliknya memandulah pada kelajuan sederhana di lorong kiri. Jangan memandu terlalu perlahan kerana ia akan mengganggu kelancaran aliran trafik.
  • Bersikap peka ketika memandu dan beri tumpuan sepenuhnya ketikaa berada di jalan raya. Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit kerana ia boleh mengalih perhatian anda hingga boleh menyebabkan kemalangan, apalagi ketika anda masih lagi terkial-kial memandu.
  • Sebelum memandu, pastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik, sudah diperiksa dan diselenggara supaya ia tidak rosak di tengah jalan sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau anda 'terdampar' di tepi jalan. Pengalaman kurang manis ini boleh menghilangkan semangat anda waktu memandu.
  • Belajar memandu dalam pelbagai keadaan jalan raya dan juga cuaca, Pada permulaan bawa kereta pada masa jalan kurang sesak dan cuaca baik.

INFO MENARIK MENGENAI KERETA !!!



Cara membasuh kereta dengan betul !



Guna 2 bucket sistem iaitu satu baldi "car shampoo" sahaja manakala satu lagi baldi "rinse water"


Selalunya basuh pada tempat yang dijauhi daripada matahari dan semasa kereta anda tidak panas


Kain yang digunakan perlu "microfiber towel". Pilihlah wash mitt yang berkualiti. Kain yang digunakan untuk mencuci wheels dan rims jangan campur dengan yang digunakan untuk bahagian lain kereta.

No comments:

Post a Comment