TIPS BELI KERETA TERPAKAI
korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak.. Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan tak boleh nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... Pastikan andamembuat kira-kira sebelum
membuat keputusan.
pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108
pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108
OWNER
Alatan dalam kereta jangan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...
Pastikan anda periksa baki hutang kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.
Last skali, sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke..
TIPS MEMBUAT PEMERIKSAAN KERETA TERPAKAI
LUARAN
cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).
cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).
Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).
Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin
selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos. Perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak. Periksa cermin kereta. Periksa keretakkan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.Pastikan tali pinggang boleh dipakai. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik.Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat.
-Asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. salah tuning..minyak petrol lebih..so keta nih makan minyak la..so soh tokey tuning pa semua dlu kalau nak beli sebab tuning bukan murah woo..
-Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor atau coolant dah bocor so..kena overhaul gak..
Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu
PEMANDUAN
Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik.. Jadi Berhati-hati lah yerr...
THANK YOU