Wednesday 17 February 2016

TIPS BELI KERETA TERPAKAI

TIPS BELI KERETA TERPAKAI



HARGA DAN TAHUN KELUARAN

korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak.. Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan tak boleh nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... Pastikan andamembuat kira-kira sebelum
membuat keputusan.
pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108


TENGOK MILEAGE

Tengok Mileage biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.


OWNER


Owner biasa kita dengar kereta yang orang perempuan pakai ni elok. jangan caye sangat statement tu.. tak semua perempuan pandai jaga kereta... ada gak yang penah accident. so, check sama ada owner sebelum tu pernah accident ke belum.

ALATAN DALAM KERETA

Alatan dalam kereta jangan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...

SEBAB ORANG JUAL KERETA

korang kena gak tengok nape orang tu nak jual kereta dia. jarang orang jual kereta sebab nak tukar kereta baru... kebanyakan mereka tukar sebab kereta diorang dah ada problem... tapi tak semua cam ni. ada yang tukar sebab nak beli kereta baru... so pilih la.


PASTIKAN ANDA PERIKSA BAKI HUTANG

Pastikan anda periksa baki hutang kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.


Last skali, sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke..







TIPS MEMBUAT PEMERIKSAAN KERETA TERPAKAI

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:

LUARAN

cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).

Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka)

DALAMAN

Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Buka getah Pada pillar setiap pintu dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalah, disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut.

Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).

BAHAGIAN HOOD DEPAN



Pastikan bar besi hadapan tidak bengkok atau ada sambungan kalau ada kereta tu pernah acsident.




BAHAGIAN LANTAI BAWAH




Pastikan bahgian bonet belakang tak karat dan Pastikan bumbung tak ada karat diatasnya






ENJIN

Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya.Kita boleh periksa keadaan enjin. Tarik dip stick keluar tengok keadaan minyak hitam didalammnya dengan merasanya menggunakan jari sama
ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin. Perhatikan head enjin tidak leaking pada gasket..Perhatikan Master Brake pump.. power stereng dan keadaan radiator dalam keadaan elok tiada tanda-tanda bocor.untuk periksa kebocoran radioter ,buka tudung radioter tank hidupkan dulu beberapa minit Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakkan.Periksa juga kipas enjin, belting enjin dan aircon dalam keadaan elok..

Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin
selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos. Perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak. Periksa cermin kereta. Periksa keretakkan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.Pastikan tali pinggang boleh dipakai. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik.Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat.

BUKA BONET DAN PERIKSA ENJIN

mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena grambal atau piston ring sudah longgar. hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua
saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang.

-Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. engine dah makan minyak hitam,dah teruk..banyak carbon
-Asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. salah tuning..minyak petrol lebih..so keta nih makan minyak la..so soh tokey tuning pa semua dlu kalau nak beli sebab tuning bukan murah woo..

-Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor atau coolant dah bocor so..kena overhaul gak..
Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu


PERIKSA PENDAWAIAN





Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan.








PEMANDUAN

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng. Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.Tiada masalah semasa penukaran gear. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi? Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.



Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta.

Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu “selamat” atau tidak.
Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik.. Jadi Berhati-hati lah yerr...


THANK YOU

TIPS PEMILIHAN SPEAKER UNTUK KERETA

TIPS PASANG AUDIO SOUND SISTEM KERETA



Setiap pemilik kereta sekarang mesti ader radio, yang kaya tu pakai yang CD player lagik. Tapi ramai gak tak tau aper-aper pasal radio tu, cuma tau 'on' radio, pastu dengar. O;k kat sini kita bincang camner nak bikin sistem audio sound kasi bunyi lebih Ummmmppp.... JOM USYAA ;)







Head Unit


HEAD UNIT

Head unit [cd player, cassette player, DVD player,
USB Player, MP3 / MP4] nak sedap, kene mahal skit
lah. kualiti terjamin. bukan nak kata jenama brand cap ayam tak elok, tapi tengok nasib la. nasib tak baik, asyik rosak. Kalau pandai pilih masa beli Head unit kadang kala siap ade sub output tak perlu beli pre amp/electronic memang dah power bunyi dia.. Lagi satu masalah head unit cap ayam ni channel radio tak berapa clear nak dapat... puas adjust FM/ AM tak dapat siaran dengan jelas..


PRE AMP [EQUALIZER] / ELECTEINIC CROSSOVE

Pre-Amp nie adalah untuk control Bass, Volume, Mid, Subwoofer, Tweeter, Mid Bass, Frecuency dan sebagainya ler berkaitan audio...Ia di sambungkan antara amplifier dan cd/radio......Tujuan nyer nak kawal bunyi serta setting bunyi yang di keluarkan.....Electronic crossover pulak dia asing kan bunyi sebelum masuk ke amp.Biasanyer jika anda dah pasang
Car Equalisers
pre-amp, jadi tidak perlu ler untuk anda pasang Electronic crossover

EQUALIZER

Equalizer dengan pre amp nih tak sama yer.. Sebenarnyerr equalizer ni untuk fine tuning bunyi yang dihasilkan oleh oleh head unit. Biasa nyer ader build-in amp yang buleh mengeluar kuasa dalam 20watt hingga 50 watt ajer. Bagi mereka yang tak suka pasang radio kuat, kuat, biasanyer hanya pasang equaliser jer dalam kereta. Equaliser nie biasa nyer tidak boleh dipasang bersama power amp.


CROSSOVE
Sebenarnya Crossover ( splitter) ni tak sama ngan electronic corssover tu.Crossover ( splitter) berguna kalau ada banyak pasang speaker berlainan saiz kat kereta (selalunya Benda ni selalu disertakan sekali kalau kita beli

Crossove
component tweeter [high frequency], speaker tepi pintu speaker 3 way atau 2 way, woofer [bass], mid [voice], bila pasang Crossover ( splitter) kualiti bunyi beza la sikit ( untuk suport bunyi lebih sedap dan power sikit)...Tujuannya nak asing bunyi high & low...tapi makan ruang la kat bila pasang dalam kereta.




POWER AMPLIFIRE ATAU AMP


Power amplifire tujuan untuk menguatkan bunyi biar bunyi umphh lagi power dari head unit..Power amplifire berkualiti rendah atau tak cukup kuasa akan memberi bunyi yang tak berapa jelas...
Power amplifire pasang letak bawak seat je. amplifier ada banyak wooo, 1 way, 2 way, 4 way, 8 way [nih je habis kuat aku pernah tengok].

OK maksud 'way' nih,adalah berapa banyak speaker boleh sambung. 1 'way' untuk 1 speaker. jangan 1 'way'

Power Amplifire atau AMP
untuk 2 speaker, alamatnya cepat rosak la amplifier tu.. Kalau 1 way nih biasanya khusus utk WOOFER satu ketul je , kalau 2 way nih common use... boleh digunakan pada speaker 3 way ataupun digabungkan dengan cross-over khusus untuk TONG SPEAKER WOOFER dalam bonet belakang kereta.Kengkadang tu amp tu ade build in punya crossovers yang akan membahagikan jenis frekunsi bunyi mengikut speaker yang betul.



Sebenarnye nak tentukan keenakan dan kelunakan muzik yang dikeluarkan dari Power amplifire tu... depend pada support pada head unit, speaker dan assesori yang korang gunakan... misalnye.... kalau Power amplifire tu boleh support 500w, tapi power yg dikeluarkan dari head unit hanya 100w... mane lah tahan beb.... cam bunyi katak dlm tempurung jee lee.... satu lagi.. kalau Power amplifire support 500w, head unit pun support 500w jugak.. tapi yg slac kat speaker cuma support 250w... tak pasal.. pecah hancur speeker tu..so, kuasa amp dan speaker mestilah sama beb.. hope yang tu terpentingg ok... 

Cuma nak pasang Power amplifire ni kene tarik power direct dari bateri, dan perlu signal power dari head unit tarik power dari bateri, masalahnya bila sentiasa 'ON' Power amplifire, esok pagi tak boleh nak start kereta pulak karang.

Kebiasaan yang aku tengok, wayar yang dia orang guna sekurang-kurangnya saiz wayar Direct Cable 10mm. Saiz wire bergantung kepada berapa banyak amplifier yang korang nak guna.

Dalam pemasangan audio sistem kereta (Radio,power amp,dll) sangat la penting memakai fuse,kalau tidak ape apa short berlaku jahannam semua.. fuse pun bergantung pada berapa banyak amplifier yang nak kongsi pada satu wayar. tapi lagi bagus kalau fius diasingkan khusus utk satu amplifier saje.



RCA CABLE

RCA Cable tu pon penting gaks. Kalau nak bunyi sedap kena pakai jenis elok nye. Tengok metarial cable tu. Selalu cari jenis yang mengalirkan arus lancar.Paling baik jenis ade gold plate.sekurang-kurang kena
RCA Cable
pakai cable....2 x 1.2 m & 2 x 2.5 m....














SPEAKER MID AND TWEETER

Komponen yang paling penting sebab speaker mengeluarkan bunyi. Tanpa speaker, takde ler bunyi. Kalau korang pakai single speaker standard yang siap dipasang pada kereta, tu sebenar
Speaker mid & tweeter
nyer masih tidak mencukupi untuk mendapatkan bunyi yang best. Speaker yang besar tidak dapat menghasilkan bunyi frekuensi rendah manakala speaker kecik plak tak buleh nak keluarkan bunyi bass. Oleh sebab tu, untuk mendapatkan bunyi yang best, gabungan speaker besar dan kecik digunakan iaitu tweeter, mid range, mid bass dan sub-woofer.

Selalu ade 2 jenis speaker. Satu speaker biasa (mid,tweeter,1 way, 2 way, 3 way). Satu lagi component speaker (ade crossover selalu 1 mid & 1 tweeter). Component speaker ni selalu lebih mahal dari speaker biasa tu. Speaker ni kena pastikan watt dia jangan banyak sangat beza dari watt per channel amp tu. Contohnya speaker tu 150W amp per channel 300W.Boleh menyebabkan speaker tu rosak.component set speaker 5 or 6 inch dan 3 x9 inch 3ways speaker.




WOOFER, SUB WOOFER


Woofer speaker besar 1 way, Selalunya guna 8 inci speaker, magnet yang besar.khusus untuk bunyi bass [boom power] boleh buat pintu bonet bergegar.tapi 8 inci dah tak kuat sekarang nih. nak sedap, try 12" punya speaker.( lagi besar speaker tu, lagi besar magnetnya, lagi besar gelombang bass yang boleh ditampung. lagi banyak la body kereta yang bergegar.Kalau nak bunyi woofer yang sedap, kene ada amplifier 1 way, khusus
Woofer, Sub Woofer

untuk bass sahaja, baru la speaker nih jadik ACTIVE WOOFER.... dari jauh pun boleh dengar bunyi BASS.. kalau nak beli Woofer kena pasti kan power amp tu boleh tendang (watt dia lebih dari sub tu). Contohnya kalau beli sub 350W 12inch. Tapi amp dah bridge pon baru 160W. Kat sini dah rugi sebab tak dapat pakai sub tu ke maximum level. Baik pakai je sub 150W rege dia beza banyak dari 350W tu.Sub Woofer ni kena tengok setting macam mana kita nak. Bunyi soft atau hard bunyi bass. Tu semua kena setting kat pre amp / electronic crossover or kat Radio Head unit(yang ade RCA sub output aje) ade setting software.





SPEAKER WIRE



Speaker wire

Speaker wire pon penting gaks cari yang elok nye punye...Kalau nak bunyi speaker clear elok tukar wire yang agak besar sikit.. agar lancar bunyi yang dihantar pada speaker keluar..Jangan pasang terbalik punca +/ - kepada -/+ nanti bunyi yang keluar pun tak sedap..




BOX UNTUK SUB
kalau nak pasang sub-woofer dalam keto, pastikan dulu keto tu muat untuk letak sub-woofer punyer box dalam bonet, sebab kat situ ajer ler tempat yang sesuai, Kalau pakai kancil plak, sila pakai akal sikit, jangan ler beli sub-woofer 15" punyer. 12" punyer pun dah cukup besar
Box untuk Sub


Box ni pon ade 2 jenis satu tuib (Bazooka) dan yang satu jenis lagi box (1 or 2 sub). Box sub ni banyak di jual kat kedai accessori. Bazooka berbentuk silinder bulat sesuai untuk kereta yang ruang tempat simpan nye terhad (contohnya Proton satria)... Kalau jenis Box Double voice tak same ngan single voice nye box... nih bergantung pada tuan empunya. ada orang suka letak 2 biji WOOFER..pastu pasang amplifier 2 way... perghs...sedap nih...keluar habis taik telinga.. heheh..



CAPSITOR
Kalau pasang lebih dari satu Power amplifire atau pakai sub banyak boleh pasang capasitor.. Capasitor ini
Capsitor
berfungsi untuk menyimpan cas karan dari bateri ko supaya aliran karan yg sampai ke kompenan audio system stabil dan sekata sepanjang kau mainkan sound kereta ko.. terutama yg kaki blast sound tu... sebab kalau sound system blast lama aliran karan akan berkurangan.. jadi sound kualiti akan menurun , tidak steady.. so bila pasang benda ini dia akan cuba simpan cas karan untuk membantu menstabilkan aliran arus karan sepanjang blast sound tu... tapi kalau mahu betul berfungsi benda ni , kau kena cari brand yg betul bagus dan mahal.. sebab sekarang ni terlalu banyak clone , jual pun murah. jadi kalau beli brand macam ni fungsi benda ni tidak terserlah untuk membantu.. cuma di tengok, ianya hanya sekadar perhiasan..


VOLTAGE STABILIZER

elok la pakai Voltage Stabilizer ni kalau dah pasang amplifier sampai 4 ketul.nih tujuannya nak stabilkan voltage
Voltage Stabilizer
dalam kereta. Voltage Stabilizerni dia simpan cas elektrik,dan amplifier akan tarik cas-cas melalui Voltage Stabilizer ni. jadi tak ada la korang dengar bunyi putus-putus.










WARNINGGGGGGGGG !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Apa pun perlu diingatkan wiring audio sound sistem kena buat bebetul.. pelbagai kemungkinan boleh berlaku, jika terdapat banyak gadget melibatkan wiring didalam kereta, kemungkinan besar boleh
berlaku litar pintas..kadang-kadang wayar tu terdedah dan banyak sambungan haram wiringtak ikut specs ke.. boleh menyebabkan short circuit... kereta boleh terbakar wehhh... Cari orang yang bebetul mahir jer buat wiring kereta korang tu yerr

Tuesday 16 February 2016

TIPS PENJAGAAN KERETA




Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya. Masalah-masalah yang kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri. Antara masalahnya ialah enjin kereta selalu panas, hal ini kerana pengguna jarang memeriksa air di radiator, enjin terasa berat adalah berpunca kerana tersalah pilih minyak hitam dan yang paling teruk adalah enjin perlu di overhaul kerana pengguna tidak pernah menukar minyak keretanya. Setiap pengguna hendaklah prihatin kepada kenderaan masing-masing sekiranya tidak mahu kenderaan mereka rosak.


Enjin adalah nadi kereta anda, sekali rosak ribuan ringgit wang anda akan hangus begitu sahaja. Selain itu tayar juga merupakan faktor penting bagi setiap kereta kerana anda akan lebih berisiko kepada kemalangan sekiranya tersalah memilih tayar. Bahagian luar kereta juga penting kerana ia akan menonjolkan imej pemilik kereta itu sendiri sama ada seorang yang pandai menjaga kereta atau tidak.

BAHAGIAN PENTING KERETA YANG PERLU DIJAGA
STEERING
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 10,000 km. Periksa paras minyak stereng setiap minggu.
HAWA DINGIN 
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.
KLAC
Periksa sistem cluth bagi memastikan "free plag" kehausan penggunaanya bagi setiap 50,000 km.
KOTAK GEAR
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak setiap 40,000 km. Bagi setiap pembakaran/minyak, kanurator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km.
TEKANAN ANGIN TAYAR
Perlu diperiksa setiap 50,000 km. Seimbang dan tukar alih tayar bagi setiap 10,000 km perbezaan paras
SUSPENSI
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.
DRIVE SHAFT 
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.
SISTEM EKZOS 
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/allignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang lebih awal.
RADIATOR 
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.
TIMING/DRIVE BELT 
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa "belt", penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 50,000 km.
ENJIN 
Enjin "tune up" bagi setiap 10,000 km.
Ujian tekanan(compression) setiap 40,000 km.
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km.

CARA PENJAGAAN KERETA
ELAK GUNA SABUN BASUH
Pemililihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta anda. Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana ia mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.

PILIH BAHAN PENGILAT YANG BERMUTU
Anda perlu memilih pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik, teknik mengilat  kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

HATI-HATI MENCUCI ENJIN
Beberapa bahagian dalam terutamanya besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkap dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.

CARA SEJUKKAN ENJIN KERETA
Walaupun kereta anda dalam keadaan baik, tetapi apabila kenderaan mendaki bukit atau membawa muatan lebih, ia boleh menjadi panas. Namun enjin, boleh disejukkan kembali dengan menghentikan kenderaan dan mematikan enjin, membuka bonet dan selepas itu, jika perlu mengisi radiator dengan air sejuk.


EKZOS TERSUMBAT
Sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Jika perkara ini berlaku, beberapa langkah boleh dibuat. Mula-mula buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi.
Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran pada bahagian itu. Selepas itu periksa tali kipas.Sekiranya ada kebocoran pada radiator atu tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kereta dan jalankan seketika pada putaran yang lebih tinggi dari biasa.
PAIP RADIATOR TERSUMBAT
Harus diingat, paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu
kitaran air menyebabkan terhenti walaupun ada banyak air.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka penutup radiator dan cuci dengan bersih untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.
Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur akan menyebabkan aliran udara penyejuk terganggu hingga air menjadi panas.
TIPS PENJAGAAN KERETA DENGAN BETUL
Pemilihan tayar yang bertepatan
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh jika Proton Wira 1.3 dan

hendak menggunakan sport rim, cukuplah sekadar menggunakan sport rim 14 inci kerana jika menggunakan sport rim 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya.

Periksa tekanan angin tayar
Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin tayar kereta. Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia memberi kesan kepada tayar kereta anda.

Lakukan pelaras kereta (allignment & balancing)
Lakukan pelaras tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000 km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan keselamatan tayar di hadapan dan di belakang.



CARA MENGHILANGKAN FOBIA MEMANDU KERETA


  • Cari punca menimbulkan perasaan fobia
  • Kenali simptom yang ada pada diri anda bagi mengenal pasti apakah ia fobia atau sebaliknya.
  • Fobia boleh diatasi dengan meminta bantuan dan nasihat daripada orang lain kerana ketakutan melampau sebenarnya boleh dirawat sekiranya anda bersikap terbuka
  • Elakkan diri memikirkan perkara negatif membabitkan pemanduan seperti kemalangan
  • Belajar mengurangkan rasa tertekan ketika memandu kerana apabila berada di bawah tekanan melampau. Pemikiran menjadi cetek tidak mampu bertindak pantas. Belajar untuk menarik nafas dan menenagkan diri.
  • Bagi yang sudah lama tidak memandu tetapi ingin mempraktikkan semula kemahiran yang ada. Mulakan pemanduan di kawasan yang lapang dan tidak banyak kenderaan. Berlatih semula cara mengawal stereng, brek dan tekanan minyak bagi meningkatkan kayakinan diri.
  • Belajar cara meletakkan kenderaan supaya kereta anda berada dalam petak yang disediakan. Ini penting untuk mngelakkan rasa takut jika anda hasrus melakukannya sendiri khususnya di tempat yang sesak.
  • Jika baru ingin berjinak-jinak memandu kenderaan semula, jangan memancu dengan laju sebaliknya memandulah pada kelajuan sederhana di lorong kiri. Jangan memandu terlalu perlahan kerana ia akan mengganggu kelancaran aliran trafik.
  • Bersikap peka ketika memandu dan beri tumpuan sepenuhnya ketikaa berada di jalan raya. Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit kerana ia boleh mengalih perhatian anda hingga boleh menyebabkan kemalangan, apalagi ketika anda masih lagi terkial-kial memandu.
  • Sebelum memandu, pastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik, sudah diperiksa dan diselenggara supaya ia tidak rosak di tengah jalan sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau anda 'terdampar' di tepi jalan. Pengalaman kurang manis ini boleh menghilangkan semangat anda waktu memandu.
  • Belajar memandu dalam pelbagai keadaan jalan raya dan juga cuaca, Pada permulaan bawa kereta pada masa jalan kurang sesak dan cuaca baik.

INFO MENARIK MENGENAI KERETA !!!



Cara membasuh kereta dengan betul !



Guna 2 bucket sistem iaitu satu baldi "car shampoo" sahaja manakala satu lagi baldi "rinse water"


Selalunya basuh pada tempat yang dijauhi daripada matahari dan semasa kereta anda tidak panas


Kain yang digunakan perlu "microfiber towel". Pilihlah wash mitt yang berkualiti. Kain yang digunakan untuk mencuci wheels dan rims jangan campur dengan yang digunakan untuk bahagian lain kereta.

MYVA TEAM


CARTA ORGANISASI

Pengerusi   : Mohamad Fariez bin Romli                                            
Setiausaha  : Nur 'Atikah binti Abd Aziz
Bendahari   : Nor Syuhada binti A'Rashid

AJK  : 1. Muhammad Syazwan bin Ramlee
           2. Mohd Zamri bin Aziz
           3. Mohd Yuszaimin bin Mohd Yusman
           4. Mohamad Hasif bin Hasli

VISI
Melahirkan masyarakat belia yang produktif, progresif dan aktif yang boleh menyumbang kepada perkembangan MYVA TEAM sebagai sukan permotoran di seluruh Malaysia.

MISI
Membina belia MYVA TEAM di seluruh Malaysia yang berdisiplin dan bersatu padu dalam menerajui MYVA TEAM melalui program-program yang dianjurkan.

MOTTO
Jalan terbaik dalam mencari kawan adalah kita harus berlaku sebagai kawan.






Muhd Fariez atau dikenali sebagai Beliak merupakan pengasas kepada kumpulan MYVA TEAM yang ditubuhkan sekitar tahun 2011. Awal penubuhan kumpulan ini hanya sekitar wilayah Utara sahaja dan berpusat di Kedah. MYVA TEAM terus meluaskan empayarnya hingga ke Sabah dan Sarawak yang terdiri seorang ketua dari setiap negeri. Kini keahlian MYVA TEAM telah mencecah 900 orang keahlian di seluruh Malaysia. Asalnya MYVA TEAM dikenalai sebagai MYVI TEAM dan VIVA TEAM, dan nama tersebut telah digabungkan menjadi MYVA TEAM setelah mendapat persetujuan ramai yang melambangkan dua buah kereta kleluaran Produa iaitu MYVI dan VIVA.





AKTIVITI-AKTIVITI MYVA TEAM

>AUDIO SHOW DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)

> AUDIO SHOW MYVA TEAM DI MYDIN PARIT BUNTAR
> KONVOI HARI ULANG TAHUN MYVA TEAM KE TELOK BATIK

>KONVOI KE RUMAH ANAK YATIM

> KONVOI KENDURI KENDARA RUMAH AHLI MYVA TEAM

> KONVOI GABUNGAN KELAB MYVA TEAM

> MYVA TEAM KE PANTAI MOLEK

Berkumpul antara mereka di R&R Bagan Ajam    


> SANTAI BERSAMA MYVA TEAM

> KONVOI KE PANTAI MERDEKA












Kelab ini banyak menjalankan aktiviti berkonvoi, pertunjukan audio dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malah kelab ini juga sering mengadakan pertunjukan kereta. Tujuan mereka melakukan aktiviti-aktiviti seperti iini adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara mereka tikad kira jantina, kaum dan agama.



Pertemuan diantara ahli MYVA TEAM dan ahli GKMU
Meraikan ahli baru MYVA TEAM dengan melekat
steaker MYVA TEAM pada mereta mereka

Mereka akan melakukan perjumpaan pada setiap bulan antara ahli dengan ketua mereka. Pada perjumpaan tersebut mereka akan memperkenalkan ahli-ahli yang baru berdatar dengan mereka.

Pada perjumpaan tersebut mereka akan melakukan aktiviti seperti melekat "steaker" MYVA TEAM pada kereta ahli-ahli baru dan akan mengadakan "show off".



Konvoi kenduri kahwin ahli MYVA TEAM



Bagi ahli MYVA TEAM yang melangsungkan perkahwinan, mereka akan berkonvoi beramai-ramai ke rumah individu tersebut untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.




CEO bersama peserta yang memenangi anugerah kereta
 tercantik dan terhebat

MYVA TEAM juga mengadakan pertandingan sesama mereka iaitu pertandingan kereta terhebat dan tercantik. Pemenang akan mendapat trofi dari MYVA TEAM.



CEO MYVA TEAM bersama ahli lain membantu seorang
 kakak yang terjatuh dari motosikaknya akibat jalan licin
semasa dalam perjalan ke Teluk Batik
 untuk meraikan ulang tahun MYVA TEAM



Salah seorang ahli MYVA TEAM yang bernama Azry atau dikenali sebagai Azry Duckz menggunakan sebuah Produa Myvi yang dibeli dengan duit dari hasil titik peluh dia sendiri. Dia mengubahsuai kereta Myvi nya dari segi audio dan di bahagian luar. Dia pernah berkata, dia begitu berpuas hati dengan MYVA TEAM kerana MYVA TEAM banyak malakukan aktiviti amal. Azry juga selalu mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan MYVA TEAM jika dia kelapangan masa.



PERTUNJUKAN AUDIO MYVA TEAM